Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI RUGI RM150,000 DISAMUN DEPAN BANK

DALAM NEGARA

LELAKI RUGI RM150,000 DISAMUN DEPAN BANK

Seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM150,000 selepas disamun oleh dua lelaki di hadapan sebuah bank di Jalan Beserah, Kuantan, semalam.

KUANTAN: Seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM150,000 selepas disamun oleh dua lelaki di hadapan sebuah bank di Jalan Beserah, di sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 2.15 petang itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 41 tahun itu telah disamun oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

“Ketika kejadian mangsa juga telah terjatuh hingga terbaring di atas jalan dan suspek melarikan wang yang baru dikeluarkannya,” katanya, dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata pihaknya masih mengesan suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. 

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana boleh menganggu siasatan dan sekiranya mempunyai maklumat  berkaitan kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5652222 atau mana-mana polis berdekatan, katanya. 

Terdahulu, video yang memaparkan keadaan mangsa terbaring di atas jalan berhadapan bank berkenaan tular di media sosial.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading