MALAYSIA KOMITED PATUH SYARAT KESIHATAN BAHARU IBADAH HAJI – MOHD NA’IM
Malaysia komited mematuhi syarat kesihatan baharu bagi ibadah haji musim 1447H/2026M yang diumumkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
KUALA LUMPUR: Malaysia komited mematuhi syarat kesihatan baharu bagi ibadah haji musim 1447H/2026M yang diumumkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Mohd Na’im menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata garis panduan kesihatan yang ditetapkan itu bertujuan menjaga keselamatan, kelancaran dan kesempurnaan ibadah para dhuyufurrahman.
“Ibadah haji bukan sekadar rukun Islam kelima, ia juga ujian kemampuan (istito’ah), termasuk kemampuan dari segi kesihatan fizikal dan mental. Tanpa tubuh yang sihat, ibadah haji yang sempurna sukar untuk dicapai,” katanya dalam hantaran itu.
Beliau berkata Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan (KKM) kini memperkukuh sistem pemeriksaan kesihatan wajib bagi memastikan hanya bakal haji yang benar-benar layak dari segi kesihatan dibenarkan berangkat mengerjakan ibadah itu.
Bagi mereka yang belum melepasi tahap kesihatan minimum, TH menyarankan penangguhan giliran haji namun langkah itu bukan sebagai sekatan sebaliknya peluang untuk memperbaiki kesihatan dan bersedia sepenuhnya.
“TH juga akan memastikan setiap penginapan jemaah di Makkah dan Madinah dilengkapi klinik kesihatan, farmasi, dan pegawai perubatan bertauliah manakala kes serius akan dirujuk ke hospital Arab Saudi dengan pemantauan rapi oleh pakar KKM,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata kerajaan Arab Saudi menerusi Kementerian Kesihatan negara itu juga telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kemudahan hospital sektor awam dan swasta yang moden dengan teknologi terkini, dan penambahan anggota kesihatan bagi operasi haji serta perkhidmatan kesihatan di kawasan utama ibadah haji.
Selain itu, Mohd Na’im yakin dengan penugasan 225 petugas perubatan KKM di Tanah Suci, mutu perkhidmatan kesihatan jemaah Malaysia akan terus berada pada tahap terbaik.
“Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama TH dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan terus berganding bahu demi menjamin kebajikan, keselamatan dan keselesaan jemaah haji Malaysia.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked