Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID, SURAU DISERU BERGANDING BAHU BANTU TANGANI ISU KESIHATAN MENTAL – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

MASJID, SURAU DISERU BERGANDING BAHU BANTU TANGANI ISU KESIHATAN MENTAL – MOHD NA’IM

Program “Thy Me Time @ Masjid” menawarkan aktiviti sembang santai bersama pakar psikiatri, tausiyah emosi, kumpulan pemulihan emosi atau healing circle, latihan pernafasan dan refleksi berkumpulan serta rangkaian sokongan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tengah) menurunkan tandantangan pada Majlis Pelancaran Program “Thy Me Time@Masjid” di Masjid Az Zubair Ibnu Awwam hari ini. –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan diseru berganding bahu bersama-sama kerajaan menangani isu kesihatan mental dalam kalangan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata masalah kesihatan mental perlu ditangani secara holistik merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan rohani seiring pembinaan masyarakat MADANI.

“Kita sedia maklum bahawa di negara ini khususnya dalam kalangan wanita juga mempunyai gejala masalah mental dan ini memberi kesan kepada pembinaan masyarakat MADANI.

“Ini kerana pembinaan masyarakat MADANI bermula dari rumah dengan mereka (wanita) berperanan dalam keluarga, seterusnya masyarakat dan akhirnya negara,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program “Thy Me Time @ Masjid” di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras di sini hari ini.

Program “Thy Me Time @ Masjid” diadakan bertujuan mentransformasikan masjid sebagai pusat sokongan kesejahteraan komuniti.

Program itu menawarkan aktiviti sembang santai bersama pakar psikiatri, tausiyah emosi, kumpulan pemulihan emosi atau healing circle, latihan pernafasan dan refleksi berkumpulan serta rangkaian sokongan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading