MASYARAKAT DIINGAT HENTIKAN PERBALAHAN ATAS NAMA AGAMA – MOHD NA’IM
Tindakan berbalas di media sosial, menyebarkan berita fitnah dan mengapi-apikan isu hanya akan merugikan semua pihak, dan menyifatkan perbuatan itu sebagai “yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang”.
SERDANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan masyarakat supaya menghentikan perbalahan sesama sendiri dengan meniup sentimen kebencian atas nama agama sehingga menimbulkan perpecahan dalam keluarga dan masyarakat.
Mohd Na’im berkata tindakan berbalas di media sosial, menyebarkan berita fitnah dan mengapi-apikan isu hanya akan merugikan semua pihak, dan menyifatkan perbuatan itu sebagai “yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang”.
“Marilah bersama-sama kita berdoa agar Malaysia terus diberikan keselamatan dan kerahmatan oleh Allah SWT, serta menjadikan umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.
“…Dan, dengan semangat yang sama kita terus bersatu hati mendoakan umat di Palestin diberikan kesejahteraan dan keselamatan,” katanya dalam ucapan menjunjung kasih sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2025/1447H, di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis memperingati kelahiran Rasulullah SAW yang bertemakan “Membangun Ummah MADANI” itu.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menyentuh sambutan Hari Kebangsaan ke-68 baru-baru ini, beliau menyeru rakyat negara ini untuk memperkukuh penguasaan ilmu dan teknologi, merapatkan saf perpaduan serta menjadi pendamai yang menyuburkan keharmonian dalam usaha membangunkan gagasan Malaysia MADANI.
Mohd Na’im berkata kerjasama erat bersama pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri akan terus diperkasakan supaya program penghayatan Islam benar-benar berkesan dalam menangani isu sosial dan kemasyarakatan.
Menyentuh tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Mohd Na’im berkata “Membangun Ummah MADANI” diangkat sebagai tema sebagai terjemahan kesungguhan usaha Kerajaan MADANI untuk kesejahteraan negara.
Beliau berkata majlis sambutan yang menjadi acara rasmi negara setiap tahun itu signifikan kerana menyeru umat Islam meneladani risalah dan keperibadian Rasulullah SAW yang membawa sinar ilmu, menegakkan keadilan, menolak kezaliman serta menjadi rahmat untuk seluruh alam melalui panduan al-Quran dan as-Sunnah.
“Walau dicerca, dihina hatta dipukul di wajahnya, Rasulullah SAW tidak pernah membalas dengan kata, sebaliknya berdoa ‘Ya Allah, ampunilah kaumku, kerana mereka tidak mengetahui’. Sungguh, ia adalah kemuncak keluhuran peribadi,” katanya.
Terdahulu, Mohd Na’im melepaskan dan mengetuai perarakan kontinjen sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2025/1447H yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.
Seramai 6,104 peserta dengan 119 kontinjen menyertai perarakan sambutan sejauh 1.1 kilometer bermula dari kawasan parkir utama menuju ke Dewan A MAEPS.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager