Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENTERI AGAMA SANTUNI RAKYAT PALESTIN DIRAWAT DI HOSPITAL

DALAM NEGARA

MENTERI AGAMA SANTUNI RAKYAT PALESTIN DIRAWAT DI HOSPITAL

Usaha ini merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas serta dinafikan hak mereka oleh Israel.

Sumber Gambar: Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar menziarahi rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini hari ini.

Dalam kunjungan ziarah itu, pihaknya telah menyampaikan bantuan kepada seluruh mangsa yang terlibat sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

“Usaha ini merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas serta dinafikan hak mereka oleh Israel.

“Syabas dan tahniah kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama pihak Kementerian Pertahanan dan hospital berkenaan atas segala usaha memberikan perkhidmatan rawatan terbaik kepada semua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Naim mengajak rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk terus mendoakan semua mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.

“Pada masa sama, kita mendoakan agar rakyat di Palestin diberikan kesejahteraan dan keselamatan,” katanya.

Terdahulu seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading