Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS JERANTUT: IDENTITI LIMA SEKELUARGA DIKENAL PASTI

DALAM NEGARA

NAHAS JERANTUT: IDENTITI LIMA SEKELUARGA DIKENAL PASTI

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata dalam nahas kira-kira 12 tengah malam itu, mereka yang maut ialah pemandu kereta Mohamad Ikmal Ishak, 26, yang beralamat di Ulu Kinta, Perak, dan isterinya Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23.

KUANTAN: Identiti lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 7 Jalan Jerantut-Maran tengah malam tadi sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata dalam nahas kira-kira 12 tengah malam itu, mereka yang maut ialah pemandu kereta Mohamad Ikmal Ishak, 26, yang beralamat di Ulu Kinta, Perak, dan isterinya Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23.

Turut terkorban ialah adik kepada Nur Arfiqah, iaitu Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17, kesemua mereka beralamat di Bota, Perak. 

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Alphard yang dalam perjalanan dari arah Maran menghala ke bandar Jerantut berlanggar dengan Perodua Bezza yang membuat pusingan U di persimpangan secara mengejut.

“Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu dan dua penumpang Toyota Alphard mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zukri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading