NEGARA-NEGARA ARAB KECAM CADANGAN NETANYAHU TUBUHKAN NEGARA PALESTIN DI ARAB SAUDI
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai “bersifat perkauman dan anti-perdamaian” serta pelanggaran terhadap kedaulatan dan kestabilan Arab Saudi.
Istanbul: Negara-negara Arab pada Sabtu mengecam cadangan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk menubuhkan sebuah negara Palestin di Arab Saudi, menyifatkannya sebagai pencabulan terhadap kedaulatan kerajaan itu dan undang-undang antarabangsa dengan memaksa rakyat Palestin meninggalkan tanah air mereka.
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai “bersifat perkauman dan anti-perdamaian” serta pelanggaran terhadap kedaulatan dan kestabilan Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu.
Kenyataan itu menyatakan sokongan penuh kepada Arab Saudi dalam menghadapi provokasi Israel dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengecam kenyataan Netanyahu.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Hussein Al-Sheikh, berkata kenyataan Israel itu menyasarkan kedaulatan Arab Saudi dan menyifatkan pandangan Netanyahu sebagai “pelanggaran undang-undang serta konvensyen antarabangsa.”
“Negara Palestin hanya akan wujud di tanah Palestin,” katanya dalam hantaran di akaun X.
Beliau turut memuji pendirian Arab Saudi yang sentiasa menegaskan kepentingan pelaksanaan ketetapan antarabangsa serta komitmennya terhadap penyelesaian dua negara sebagai asas kepada keselamatan, kestabilan dan keamanan di rantau ini.
Mesir turut mengecam kenyataan Netanyahu sebagai “tidak bertanggungjawab dan sama sekali tidak boleh diterima.”
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir menegaskan bahawa negara itu menolak sepenuhnya kenyataan semberono yang mengancam keselamatan dan kedaulatan Arab Saudi.
“Kestabilan dan keselamatan negara Saudi adalah sebahagian daripada kestabilan dan keselamatan Mesir serta negara-negara Arab yang tidak boleh dikompromi,” menurut kenyataan itu.
Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Sudan menganggap kenyataan Israel itu sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyifatkan kenyataan bersifat perkauman ini sebagai sebahagian daripada penafian berterusan Israel terhadap hak sejarah, politik dan perundangan rakyat Palestin ke atas tanah air mereka.
OIC turut mengulangi “penolakan dan kecaman terhadap sebarang rancangan atau usaha untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka, yang dianggap sebagai satu bentuk pembersihan etnik, jenayah, dan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.”
Netanyahu sebelum ini mencadangkan agar Palestin ditubuhkan di Arab Saudi dan bukan di tanah air mereka sendiri, menolak sebarang pengiktirafan terhadap kedaulatan Palestin. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked