NGO DESAK OIC KELUARKAN NOTA SOLIDARITI UNTUK PEJUANG KEMERDEKAAN PALESTIN
KUALA LUMPUR: Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengeluarkan nota solidariti kepada pejuang kemerdekaan Palestin.
KUALA LUMPUR: Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengeluarkan nota solidariti kepada pejuang kemerdekaan Palestin.
Menyatakan sokongan penuh mereka kepada Operasi Banjir Al-Aqsa untuk melindungi Masjidil Aqsa yang dilancarkan oleh Hamas bersama pejuang Al-Qassam, Islamic Jihad, Al-Quds dan batalion Jenin bagi menentang Israel, kumpulan NGO itu menekankan bahawa kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin mestilah ditentang oleh umat Islam dan pemimpin Muslim di seluruh dunia.
“Operasi ini adalah tindakan balas yang berani untuk mengubah status quo yang menyaksikan Israel sering dilihat menang dalam banyak konfrontasi. Israel telah mendatangkan penderitaan yang mengerikan ke atas rakyat Palestin, baik Muslim dan Kristian, di tanah yang diduduki selama lebih tujuh dekad.
“Namun gerakan penentangan telah mengumpulkan lebih banyak kekuatan untuk bertahan,” menurut NGO berkenaan dalam kenyataan bersama mereka, yang turut menyeru umat Kristian untuk bergabung bagi membebaskan Al-Aqsa dan semua tempat suci di Baitul Maqdis.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Pertahan Al-Aqsa Datuk Seri Syekh Ahmad Awang, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Asia Datuk Syekh Abdul Ghani Samsudin dan Setiausaha Agung Sekretariat Palestin Malaysia Syed Syekh Attas.
Semalam, dilaporkan, Ketua Tentera Hamas Mohammed Deif mengisytiharkan permulaan operasi ketenteraan menentang Israel susulan serangan roket bertubi-tubi daripada Semenanjung Gaza.
Tujuan Operasi Banjir Al-Aqsa adalah bagi menghentikan pelanggaran Israel.
Berikutan itu, tentera Israel melancarkan Operasi Pedang Besi ke atas Hamas di Semenanjung Gaza dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu turut dilaporkan sebagai berkata “warga Israel, kita sedang berperang”.
Menurut NGO berkenaan, kekejaman tentera pendudukan Israel terhadap rakyat Palentin berlanjutan lebih tujuh dekad tanpa tindakan berkesan oleh masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kekejaman itu.
“Sejak Perjanjian Oslo, realitinya bertambah buruk. Gerakan penentangan adalah satu-satunya kekuatan yang menggerunkan untuk mencabar tentera Zionis. Jenayah terhadap kemanusiaan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa semakin buruk dan meningkat saban hari.
“Sesiapa sahaja yang menghadapi realiti ini akan terpaksa melancarkan penentangan dalam situasi sedemikian. Hamas dan pejuang Palestin yang lain mempunyai alasan yang kukuh untuk menyerang balas,” tegas mereka. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked