Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASUKAN AEROBATIK TENTERA UDARA INDIA TARIK DIRI PERTUNJUKAN LIMA’ 25

DALAM NEGARA

PASUKAN AEROBATIK TENTERA UDARA INDIA TARIK DIRI PERTUNJUKAN LIMA’ 25

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata India pada awalnya mengesahkan hasrat untuk menghantar pasukan aerobatik ke pameran dwitahunan itu, namun terpaksa membatalkan penyertaan disebabkan isu yang sedang melanda negara berkenaan.

Sumber Gambar: BERNAMA

LANGKAWI: Pasukan aerobatik Tentera Udara India Surya Kiran menarik diri daripada menyertai pertunjukan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata India pada awalnya mengesahkan hasrat untuk menghantar pasukan aerobatik ke pameran dwitahunan itu, namun terpaksa membatalkan penyertaan disebabkan isu yang sedang melanda negara berkenaan.

“ …. mereka (India) tidak dapat teruskan hasrat itu kerana kita pun tahu keadaan, dan cabaran yang sedang dilalui negara berkenaan,” katanya pada sidang media selepas sesi tinjauan persediaan LIMA’25 di Langkawi hari ini.

Walaupun India menarik diri, Mohamed Khaled berkata pameran itu akan tetap menampilkan pertunjukan aerobatik daripada beberapa pasukan terkenal antarabangsa, termasuk Russian Knights dari Rusia, dan Jupiter dari Indonesia.

“Penyertaan pasukan aerobatik kita (dalam negara) juga ada pertunjukan solo terdiri daripada Tentera Udara Diraja Malaysia, Layang-Layang Flying Academy dan juga Aerotree Defence and Services,” katanya.

Secara keseluruhan Mohamed Khaled berkata sebanyak 57 pesawat udara akan terlibat untuk pameran edisi ke-17 ini, dengan 43 aset udara statik dari dalam dan luar negara, peningkatan daripada hanya 34 aset semasa LIMA’23.

“Pecahannya sebanyak 26 aset udara dari dalam negara dan 17 lagi dari luar negara seperti Brunei, Jerman, Itali, Kanada, Singapura, Rusia, dan Amerika Syarikat. Ini termasuk aset daripada sektor komersial seperti dari India, Brazil, Perancis dan Itali,” katanya.

Bagi segmen maritim pula, beliau berkata sebanyak 31 kapal dari dalam dan luar negara terlibat dalam pameran statik dan perbarisan armada.

“Jumlahnya juga meningkat berbanding hanya 19 kapal pada LIMA‘23 dan daripada 31 kapal itu sebanyak 19 adalah dari dalam negara manakala 12 dari luar negara seperti Singapura, Indonesia, dan Amerika Syarikat.

“Untuk pertunjukan maritim, jumlah keseluruhan aset yang terlibat adalah sebanyak 39 aset berbanding 28 aset pada LIMA‘23,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading