Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU DAKWA PANIK, TERTEKAN HON KETIKA UPACARA PENGEBUMIAN ANGGOTA TLDM

DALAM NEGARA

PEMANDU DAKWA PANIK, TERTEKAN HON KETIKA UPACARA PENGEBUMIAN ANGGOTA TLDM

GEORGETOWN: Polis telah menerima laporan berhubung insiden kekecohan yang berlaku akibat tindakan seorang pemandu membunyikan hon ketika upacara pengebumian Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM di Masjid Jamek Sungai Nibong, Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut. ACP Razlam AB Hamid berkata kekecohan dipercayai bermula selepas pemandu terbabit terlanggar sebuah motosikal di lokasi kejadian.

“Pemandu yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 46 tahun dan berasal dari Pulau Pinang telah telibat pelanggaran dengan sebuah motosikal ketika melalui jalan raya di hadapan Masjid Jamek.

“Pengadu mendapati ramai orang awam telah mengepung kereta pengadu dan pengadu telah tertekan hon kereta akibat panik dengan keadaan semasa itu.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razlam berkata lelaki itu turut memaklumkan beliau tidak tahu upacara pengebumian sedang berlangsung.

Menurut Razlam kereta pemandu terbabit mengalami sedikit kerosakan dan polis serta anggota TLDM berjaya meleraikan kekecohan yang berlaku.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat.

Polis menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu hingga boleh menjejaskan siasatan polis dan ketenteaman awam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading