Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU SEBABKAN KEMATIAN PELAJAR UNISZA DIREMAN EMPAT HARI

DALAM NEGARA

PEMANDU SEBABKAN KEMATIAN PELAJAR UNISZA DIREMAN EMPAT HARI

Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Jalan Kemajuan, di Kuala Terengganu pada Isnin lepas direman empat hari bermula hari ini.

Sumber: BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Jalan Kemajuan, di sini pada Isnin lepas direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 32 tahun dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi.

Suspek yang memakai pakaian lokap ungu tiba di mahkamah pada 9.45 pagi dengan diiringi dua anggota polis.

Dalam kejadian pada 1.55 tengah hari Isnin lepas, pelajar semester dua Diploma Pascasiswazah Pendidikan Syakirah Hanan Mazli, 25, maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh Honda Jazz dari arah bertentangan. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor sebelum ini berkata pemandu kereta Honda Jazz itu menghidap Major Depressive Disorder (MDD) atau penyakit kemurungan major dan pernah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah bermula Januari 2025.

Suspek juga dipercayai memecah masuk sebuah kereta Honda City dan melarikan dompet berisi wang tunai RM200 sebelum kemalangan berlaku.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading