PEMANDU TULAR BUAT PUSINGAN U HARAM TIADA LESEN MEMANDU
Pemandu van yang tular di laman sosial berikutan membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 59.7, Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) di sini, didapati memandu tanpa lesen yang sah.
KOTA TINGGI: Pemandu van yang tular di laman sosial berikutan membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 59.7, Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) di sini, didapati memandu tanpa lesen yang sah.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian kira-kira pukul 2.55 petang semalam itu, dipercayai berlaku setelah van jenis Ford Econovan yang dipandu lelaki warga Myanmar berusia 33 tahun, membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan.
Katanya, tindakan itu telah menyebabkan kereta jenis Honda HRV yang dinaiki wanita berusia 29 tahun bersama anak perempuannya dari arah Senai ke Desaru tidak sempat mengelak, lalu melanggar sebelah kiri van terbabit.
“Akibat daripada kemalangan tersebut, kanak-kanak berusia dua tahun lebam di sebelah kiri mata dan calar di bahagian muka, manakala ibunya mengalami bengkak di mulut dan lebam di tangan kiri dan kanannya.
“Bagaimanapun, lelaki tersebut yang menuju ke Kilometer 60 lebuh raya berkenaan bagi menyambung kerja pemotongan rumput, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hussin berkata kereta terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kanan kenderaannya, manakala van tersebut mengalami kerosakan pada bahagian kirinya.
“Pemandu van telah diambil keterangan dan dikenakan dua saman, masing-masing RM300 yang mana, satu di bawah Peraturan 13 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) (kerana membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan) dan kedua, tiada lesen memandu,” katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Peraturan 13 LN 166 / 59.
Terdahulu, tular rakaman video kamera papan pemuka berdurasi kira-kira satu minit di laman sosial memaparkan sebuah van membuat pusingan haram, sekali gus mengakibatkan kemalangan serta turut disusuli bunyi tangisan kanak-kanak.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked