Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBERIAN DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19 PFIZER DILULUSKAN

DALAM NEGARA

PEMBERIAN DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19 PFIZER DILULUSKAN

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) meluluskan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 Pfizer sekurang-kurangnya selepas enam bulan dos kedua untuk golongan berumur 18 tahun dan ke atas.

Pemberian dos penggalak vaksin Pfizer termasuk Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (Comirnaty) keluaran Pfizer Manufacturing Belgium NV (Belgium) dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin Pfizer merupakan vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan bagi penggunaan dos penggalak di Malaysia.

Tambahnya, kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif.

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD,” dalam kenyataannya, hari ini.

Sebelum ini, vaksin Comirnaty telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas pada 15 Jun 2021.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading