KUALA LUMPUR: Para agamawan diingatkan untuk bersikap cermat, memelihara adab serta tawaduk atau rendah diri dalam berdakwah dan menyebarkan risalah agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pendakwah juga perlu menghayati nilai hikmah, demi memelihara perpaduan masyarakat yang berakhlak, bersatu padu dan sejahtera.
“Sebarang ucapan dan ceramah berbaur sentimen perpecahan dan kebencian sesama sendiri perlu dihentikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang pendakwah yang mencemuh dan membuat tohmahan terhadap seorang pemimpin negara yang disifatkan sebagai sesat serta jahil ketika membincangkan kisah Ashabul Kahfi (pemuda al-Kahfi) di dalam al-Quran kepada penjawat awam, baru-baru ini.
Mohd Na’im berkata hakikatnya, pemimpin negara itu tidak pernah menyifatkan para pemuda Ashabul Kahfi sebagai golongan tidak beriman, sebaliknya mempertegaskan keimanan mereka dalam ucapan beliau dan mengajak penjawat awam mengambil iktibar daripada kisah mereka.
Malah, beliau berkata huraian pemimpin negara itu terhadap konteks peristiwa itu juga adalah tepat sebagaimana rujukan sumber tafsir dan tulisan ilmiah iaitu kisah Ashabul Kahfi berlaku di zaman pemerintahan kaum Nasrani atau Kristian.
Beliau berkata huraian pemimpin negara itu juga selari dengan penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang boleh dirujuk dalam “Irsyad Al-Hadith Siri ke-50: Kisah dan Bilangan Ashabul Kahfi” dikeluarkan pada April, 2016 dan “Bayan Linnas Siri ke-286: Adakah Ashab al-Kahfi Beragama Kristian?” pada Disember, 2023.
Justeru, Mohd Na’im menyeru umat Islam untuk sentiasa merujuk isu dan permasalahan keagamaan kepada pihak berkuasa agama Islam seperti Pejabat atau Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri yang berautoriti dalam perkara berkaitan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked