Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGAWAL KESELAMATAN DIPENJARA 10 TAHUN, LIMA SEBATAN ROGOL WANITA OKU

DALAM NEGARA

PENGAWAL KESELAMATAN DIPENJARA 10 TAHUN, LIMA SEBATAN ROGOL WANITA OKU

Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU).

Sumber Gambar: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU).

Hakim Madihah Zainol menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Sivanesan, 39, dan memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan selain berada di bawah pengawasan polis selepas selesai menjalani hukuman.

Lelaki itu didakwa merogol seorang wanita berusia 29 tahun yang diketahuinya mempunyai kecacatan fizikal melibatkan pendengaran, pertuturan serta lembam pembelajaran di Skudai, dalam daerah Iskandar Puteri pada 11.50 malam, 30 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(K) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadilah Johanuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas alasan tertuduh telah mengambil kesempatan terhadap mangsa OKU.

“Selain itu, pihak pembelaan memaklumkan tertuduh menghidap HIV. Perbuatan itu menyebabkan mangsa berisiko dijangkiti penyakit kelamin,” katanya.

Peguam Omar Kutty Abdul Aziz yang mewakili Sivanesan merayu hukuman ringan kerana anak guamnya menghidap HIV dan leukemia yang memerlukan rawatan berterusan, selain ini merupakan kesalahan pertamanya.–BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading