PENGAWAL PENGIRING ORANG KENAMAAN DIDENDA RM1,000 TUMBUK PEMANDU E-HAILING OKU
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal pengiring orang kenamaan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menumbuk muka pemandu e-hailing yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) semasa menunggu pelanggannya di lobi sebuah hotel, Mei lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal pengiring orang kenamaan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menumbuk muka pemandu e-hailing yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) semasa menunggu pelanggannya di lobi sebuah hotel, Mei lepas.
Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan menjatuhkan hukuman itu terhadap Lans Koperal Muhammad Taufik Ismail, 32, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.
“Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000, jika gagal bayar tertuduh dikenakan hukuman penjara 20 hari,” kata Farah Nabihah.
Tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap Ong Ing Keong, 47, di hadapan lobi sebuah hotel di Brickfields di sini pada 11.40 pagi, 28 Mei.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Muhammad Taufik yang diwakili peguam A. Ashok membayar denda itu.
Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian pengadu yang merupakan pemandu e-hailing telah memandu keretanya ke hadapan lobi sebuah hotel untuk mengambil penumpang dan telah menunggu penumpang terbabit lebih kurang lima minit.
Semasa penumpang itu masuk ke dalam kenderaan, pengadu melihat ada beberapa orang termasuk tertuduh yang bertindak seperti pengawal peribadi orang kenamaan berada di situ dan menunjukkan isyarat tangan kepadanya untuk beredar, namun pengadu tidak faham kerana dia merupakan OKU pekak dan bisu.
Pengadu telah membuka cermin kenderaannya dan mengangkat tangan kepada tertuduh untuk bertanya berkenaan apa yang terjadi dalam bahasa isyarat sebelum tertuduh menumbuk pengadu di bahagian mukanya dan menyebabkan pengadu berasa sakit di bahagian pipi sebelah kanan.
Lelaki itu kemudian meninggalkan lokasi kejadian dan menghantar penumpangnya lalu membuat laporan polis.
Siasatan lanjut mendapati tertuduh berada di tempat kejadian kerana bertugas sebagai pengawal pengiring kepada orang kenamaan dan laporan perubatan mengesahkan bahawa terdapat bengkak di bahagian muka sebelah kanan pengadu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Razali Che Ani memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam kerana kes ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan sama.
“Pengadu dalam kes ini merupakan OKU, sepatutnya tertuduh perlu membantu mangsa dan bukannya mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” kata Razali yang mengendalikan kes itu bersama TPR Mohd Safarizal Zakaria.
Ashok pula memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya merupakan anggota polis berpangkat lans koperal yang telah berkhidmat selama sembilan tahun dalam PDRM.
“Dalam kes ini, mangsa tidak mengalami kecederaan parah selain tiada motif dan elemen jenayah serius atau unsur keganasan yang melampau serta tiada peralatan atau senjata dalam mendatangkan kecederaan kepada mangsa.
“Anak guam saya ketika itu sedang menjalankan tugas keselamatan semasa mengiringi dan dia mempunyai rekod bersih sepanjang perkhidmatannya. Dia memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa selain menyesal atas kesalahan yang dilakukannya itu,” kata Ashok.
Prosiding itu turut dihadiri peguam pemerhati kepada mangsa, Zaid Malek. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked