Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIREMPUH PEMANDU MABUK, PENGARUH DADAH

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIREMPUH PEMANDU MABUK, PENGARUH DADAH

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah, di Jalan Raya Barat di Klang, pagi tadi. 

KLANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah, di Jalan Raya Barat di Klang, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kereta.

Katanya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.

“Pemandu itu dipercayai memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an telah tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah,” katanya.

Jit Huey berkata, hasil ujian saringan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol dan dadah.

“Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, ujarnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading