Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERCAMPAK KE DALAM LONGKANG SEMASA PULANG KERJA

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERCAMPAK KE DALAM LONGKANG SEMASA PULANG KERJA

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa, Edde Romzi Zaini, 45, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah di Tasik Biru Kundang.

SUNGAI BULOH: Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak ke dalam longkang di bahu jalan, di Lorong Melati, Kuang, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa, Edde Romzi Zaini, 45, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah di Tasik Biru Kundang.

Katanya, mangsa dipercayai telah hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di sebelah kiri jalan.

“Mangsa tercampak ke dalam longkang di kiri bahu jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian muka.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tambahnya.

Dalam pada itu, Mohd Hafiz menasihatkan agar pengguna jalan raya untuk berhati-hati selain mengutamakan keselamatan jalan raya semasa memandu dalam keadaan hujan dan cuaca buruk.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Azie Azyanti Mohd Rafae di talian 013-6756317 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading