PENYUSUTAN EMPANGAN BUKIT MERAH: PEMBENIHAN AWAN DALAM SEMINGGU LAGI
“Kita bimbang jika berterusan sawah kering dan tanah merekah akan menjejaskan tanaman padi kerana dalam tempoh seminggu ini sawah amat kritikal memerlukan air dan jika kemarau berterusan akan menjejaskan tanaman padi,”
Keadaan sebahagian kawasan Tasik Bukit Merah menunjukkan berlakunya penyusutan air akibat musim kemarau. –Sumber gambar: Sinar Harian
BAGAN SERAI: Pembenihan awan di kawasan takungan di Empangan Bukit Merah di sini yang semakin surut, dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria berkata Jabatan Meteorologi Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), akan melihat kesesuaian awan dan tiupan angin bagi melaksanakan pembenihan awan dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata pihaknya yakin proses pembenihan awan akan dapat membantu menurunkan hujan di kawasan sawah dan kawasan tadahan di kawasan Pondok Tanjung dan Ijok.
Terdahulu beliau menghadiri majlis solat hajat dan solat istisqa di Dataran Pusat Informasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Bukit Merah di sini hari ini yang disertai kira-kira 200 penduduk sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Razman Zakaria (kiri) mengaminkan doa yang dibacakan Imam Ibrahim Zakaria (depan) pada Program Solat Hajat dan Solat Istisqa di pekarangan Pusat Informasi Jabatan Pengairan dan Saliran di Bukit Merah hari ini. –fotBERNAMA
Minggu lepas, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan berkata kerajaan negeri akan melakukan pembenihan awan, untuk mengatasi masalah bekalan air di Empangan Bukit Merah yang semakin surut.
Razman berkata Saarani telah mengarahkan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) semalam supaya membuat satu kertas kerja untuk meminta peruntukan, supaya air dari Sungai Perak dapat dipam ke Empangan Bukit Merah menerusi projek terowong dan tidak bergantung kepada hujan.
Beliau berkata perancangan itu dibuat bagi memastikan bekalan air di Empangan Bukit Merah mencukupi untuk kegunaan pertanian dan domestik.
Sementara itu, Pegawai Pertanian Daerah Kerian Ridhuan Osman berkata sawah padi seluas 12,400 hektar membabitkan 4,720 pesawah di Bagan Serai dan Selinsing akan terjejas sekiranya hujan tidak turun dalam tempoh seminggu.
“Umur padi di kawasan berkenaan antara 20 hingga 40 hari dan masih memerlukan air yang ditakung dalam tempoh seminggu dua lagi.
“Kita bimbang jika berterusan sawah kering dan tanah merekah akan menjejaskan tanaman padi kerana dalam tempoh seminggu ini sawah amat kritikal memerlukan air dan jika kemarau berterusan akan menjejaskan tanaman padi,” katanya.
Ridhuan berkata paras air di Empangan Bukit Merah sekarang ialah 20.4 kaki (6.21 meter) dan bekalan untuk sawah telah dihentikan sejak 27 Mei. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager