Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM ANWAR AKAN LANCARKAN PELAN INDUK PERINDUSTRIAN BAHARU 2030

DALAM NEGARA

PM ANWAR AKAN LANCARKAN PELAN INDUK PERINDUSTRIAN BAHARU 2030

“NIMP memberi tumpuan terhadap anjakan supaya tidak hanya memutuskan kepada sesuatu sektor, tetapi ke arah matlamat dan misi menjadikan Malaysia negara industri dengan teknologi tinggi, transformasi digital dan memberi ruang kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu,” katanya.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) hari ini.

Majlis pelancaran itu akan diadakan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri sebagai penggerak NIMP. 

NIMP 2030 adalah kerangka dasar komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam transformasi sektor perkilangan Malaysia. 

Ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada Rabu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata NIMP akan menjadikan Malaysia sebagai negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital.

“NIMP memberi tumpuan terhadap anjakan supaya tidak hanya memutuskan kepada sesuatu sektor, tetapi ke arah matlamat dan misi menjadikan Malaysia negara industri dengan teknologi tinggi, transformasi digital dan memberi ruang kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu,” katanya.

Menurut Anwar, transformasi digital dalam industri bukan sahaja dapat mengembalikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan unggul, tetapi akan meningkatkan keupayaan Malaysia.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading