PM ARAH PIHAK BERKUASA SIASAT PIHAK TERLIBAT RASUAH SEBABKAN NEGARA RUGI
Beliau berkata selain SPRM, agensi lain yang diarahkan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil apa saja langkah, mengikut jalur perundangan untuk bertindak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan para pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Dataran Merdeka hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab atas kerugian ditanggung negara akibat rasuah.
Beliau berkata selain SPRM, agensi lain yang diarahkan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil apa saja langkah, mengikut jalur perundangan untuk bertindak.
“Kita kena suarakan (rasuah) tetapi saya tidak boleh berikan petunjuk satu persatu melainkan arahan umum kerana ada orang-orang diketahui, rasuah berbilion… Dah puluh tahun tapi selamat, tidak berani disentuh (sesiapa).
“Apa erti negara, kekuatan undang-undang kalau kita minta polis, LHDN, ambil tindakan di bawah tapi yang di atas itu terlepas dan kumpulan harta itu puluh-puluh bilion ringgit. Itu sebab maka saya bagi arahan umum dan saya harap rakyat tak kira parti, tak kira kaum bagi sokongan terhadap tindakan ini,” katanya selepas menghadiri program Aidilfitri Malaysia MADANI @ Dataran Merdeka di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan khusus bagi mencari pihak terlibat kes rasuah berikutan statistik dikeluarkan EMIR Research iaitu Malaysia dianggarkan berdepan dengan jumlah kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah kerugian sebenar belum dapat dipastikan oleh itu, kerajaan kekal dengan keputusan dasar untuk memerangi rasuah walaupun menerima serangan dan tentangan kelompok yang korup.
“Saya jadikan ini sebagai suatu keputusan dasar yang sangat serius walaupun mendapat serangan ataupun percubaan kelompok-kelompok, terutama yang kaya, yang kaya tak apa tapi yang korup, yang harta berbilion-bilion, di dalam dan luar negara, yang menyoroknya, itu mereka nampaknya kumpul, kekuatan untuk lawan.
“Saya sudah ambil satu keputusan dan tekad masalah Malaysia ini mesti diselamatkan daripada penyakau-penyakau ini dan ini memerlukan tekad politik yang jelas, yang tegas.
“Bukan soal kaum bukan soal penganut agama berbeda, ini soal karakter, soal akhlak, soal nilai. Walaupun dipermainkan, saya faham masalah ini dan kita mahu rakyat faham dan bersama menyerang dan menghentikan (rasuah),” katanya.
Program Aidilfitri Malaysia MADANI @ Dataran Merdeka yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama gabungan masjid dan surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu menghimpunkan 120 masjid dan surau terpilih bagi menyediakan gerai jamuan dalam menyantuni tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Program itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager