PRN: JANGAN MAIN ISU SENSITIF, AGAMA, KAUM KETIKA BERKEMPEN – SULTAN SELANGOR
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan calon pilihan raya dan penyokong agar tidak memainkan isu berkaitan agama, kaum dan isu sensitif lain yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan kelak.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (duduk kiri) berkenan menyaksikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (duduk kanan) menandatangani proklamasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Selangor Ke-13 pada Istiadat Pengisytiharan Pembubaran DUN Selangor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Istana Alam Shah hari ini. Sultan Sharafuddin berkenan DUN Selangor dibubarkan berkuat kuasa Jumaat ini (23 Jun) bagi memberi laluan kepada PRN. — fotoBERNAMA
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan calon pilihan raya dan penyokong agar tidak memainkan isu berkaitan agama, kaum dan isu sensitif lain yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan kelak.
Baginda berpesan supaya setiap kempen pilihan raya dijalankan dengan cara berhemah dan bertanggungjawab dengan mematuhi undang-undang pilihan raya sedia ada serta undang-undang lain yang berkaitan.
“Calon dan penyokong juga diingatkan tidak mencaci, menabur fitnah dan mengadu domba terhadap pihak lawan ketika berkempen bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan rakyat,” titah baginda ketika Istiadat Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Balai Dewan Diraja Istana Alam Shah, di sini, hari ini.
Sultan Selangor menjelaskan istiadat berkenaan diadakan lebih awal, hari ini memandangkan baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin akan berangkat menunaikan ibadah haji esok dan dijangka kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji pada 4 Julai ini.
“Maka oleh yang demikian, Beta dalam menjalankan kuasa diberikan di bawah Fasal (2) Perkara 70 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan setelah berunding dan menerima permintaan pembubaran DUN Selangor dari Menteri Besar, telah berkenan menandatangani Proklamasi Pembubaran Dewan Negeri Selangor hari ini dan akan berkuat kuasa pada hari Jumaat 23 Jun,” titah baginda.
Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin berharap semua pihak dapat mendoakan agar Allah mempermudahkan segala urusan baginda berdua ketika menjalankan ibadah haji dan memperoleh haji yang mabrur.
Susulan perkenan Sultan Sharafuddin itu, ia menyaksikan DUN Selangor yang diterajui PH dibubarkan dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 25 Jun ini.
Persidangan DUN Selangor yang pertama adalah pada 26 Jun 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.
Selain Selangor, lima lagi negeri akan berhadapan dengan PRN tahun ini, iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Sementara itu, Sultan Selangor juga memaklumkan bahawa pada 28 Julai nanti, baginda akan berangkat ke London untuk menjalani rawatan dan pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP) yang akan diketuai oleh Dr Tev Aho.
“Beta menjangkakan akan kembali ke tanah air pada 15 Ogos 2023. Sekiranya kesihatan Beta mengizinkan, Beta akan berangkat balik lebih awal daripada tarikh berkenaan,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin juga berharap pada sekalian yang hadir dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda ketika menjalani rawatan itu nanti agar kembali sembuh seperti sediakala bagi membolehkan baginda menjalankan tugas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked