PUTERI SARAH DAPAT KEBENARAN MULAKAN PROSIDING HINA MAHKAMAH TERHADAP IRA KAZAR
Pelakon Puteri Sarah memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya Ira Kazar, kakak, serta bapa mereka yang juga pelakon veteran, Kazaruddin Saisi.
KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya Ira Kazar, kakak, serta bapa mereka yang juga pelakon veteran, Kazaruddin Saisi.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Norakhmar Mohd Sani memberi kebenaran itu ketika pengurusan kes secara dalam talian hari ini.
Menurut Akberdin, pihaknya akan menyerahkan salinan permohonan komital itu kepada Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini, kakaknya iaitu Yasmin dan bapa mereka.
“Selepas penyampaian disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mereka menjawab terhadap permohonan kami. Pada masa ini, tiada sebarang tarikh ditetapkan,” kata peguam itu ketika dihubungi.
Puteri Sarah memfailkan notis permohonan komital itu secara ex-parte (sebelah pihak) pada 31 Jan lepas terhadap ketiga-tiga individu itu atas dakwaan dengan sengaja menentang atau mengingkari perintah injunksi yang diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai 2022.
Ibu kepada dua anak itu memohon perintah injunksi tersebut dalam kes saman difailkannya terhadap Ira yang didakwa mengganggu dan mengugutnya menerusi media sosial.
Pada 4 Julai 2022, Puteri Sarah berjaya memperoleh perintah injunksi daripada mahkamah antara lain bagi menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada mengganggu dan menjejaskan ketenteraman serta kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentua termasuk suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof.
Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah dan keluarganya atau rakan serta orang gaji kepada isteri pertama Syamsul itu.
Pada 16 Jan lepas, Puteri Sarah, 38, memfailkan permohonan cerai dengan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, di Mahkamah Rendah Syariah di sini dan sebutan kes ditetapkan pada 7 Mac ini di hadapan Hakim Syarie Akmalludin Ilyas.
Pada 6 Jan lepas, Syamsul mendedahkan beliau sudah bernikah dengan Ira di Thailand dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager