
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Doha dinasihatkan mencari perlindungan di kawasan lain susulan terdapat risiko serangan.
Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar dimaklumkan tentanf wujudnya risiko serangan terhadap Kedutaan AS di Al Rayyan, Doha.
“Semua rakyat Malaysia yang tinggal dalam radius 1.5 kilometer dari kedutaan tersebut adalah dinasihatkan untuk mencari perlindungan di kawasan lain,” menurut notis dikeluarkan Kedutaan Besar Malaysia di Doha di Facebook pada Khamis.
Setakat ini, keadaan di Qatar agak tenang, namun semua rakyat Malaysia tetap dinasihatkan untuk terus berwaspada.
Mereka yang memerlukan bantuan boleh hubungi kedutaan di +974 3374 6733 (24 jam) atau melalui e-mel mwdoha@kln.gov.my.
Kedutaan AS di Qatar, Kementerian Dalam Negeri Qatar sedang giat memindahkan penduduk yang tinggal berhampiran Kedutaan AS di Doha sebagai langkah berjaga-jaga. – Alhijrah Online