SIMPAN BANGKAI HARIMAU BELANG: TIGA LELAKI DIHUKUM PENJARA TUJUH TAHUN, DENDA RM250,000
Tiga lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM250,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini kerana menyimpan bangkai seekor harimau belang betina tanpa permit khas pada 16 Sept lepas.
KOTA TINGGI: Tiga lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM250,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyimpan bangkai seekor harimau belang betina tanpa permit khas pada 16 Sept lepas.
Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan menjatuhkan hukuman itu ke atas Md Shaheezam Md Salim, 49, Nazerin Tomiran, 47, dan Mohamad Nazrol Tomiran, 28, selepas mereka mengaku bersalah.
Mereka didakwa menyimpan bangkai haiwan itu di bahagian bonet belakang sebuah kereta Perodua Alza bernombor pendaftaran JRB 4382 pada 6.10 pagi 16 Sept lepas di Stesen Minyak BHPetrol, Lot PTD 6179 Felda Tenggaroh, Mersing.
Spesies itu telah disenaraikan sebagai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kesepuluh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 70(1) Akta 716 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun atau denda minimum RM250,000 bagi setiap hidupan liar atau bahagiannya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Perhilitan Fatin Hanum Abdul Hadi manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Fatin Hanum memaklumkan mahkamah bahawa kes itu adalah yang pertama selepas pindaan Akta 716 berkuat kuasa pada 1 Feb 2023 dan membabitkan kepentingan awam kerana harimau Malaya adalah khazanah negara yang semakin pupus.
“Populasi harimau Malaya kini dianggarkan kurang 150 ekor berbanding kira-kira 3,000 ekor pada 1950-an… kehilangan spesies ikonik negara ini akan memberi kesan buruk kepada ekosistem selain menjejaskan simbol identiti dan kedaulatan negara,” katanya.
Beliau berkata haiwan itu bukan sahaja menjadi ikon kepada jata negara malah lambang keberanian dan kekuatan bagi Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta bank utama negara, Maybank.
“Hidupan liar seperti harimau adalah mangsa bisu yang tidak mampu membela diri daripada kerakusan manusia, justeru hukuman berat perlu dikenakan sebagai pengajaran dan pencegahan,” katanya.
Ketika meminta hukuman ringan, Md Shaheezam yang bekerja sebagai pemandu ladang berkata dia menghidap kanser hati tahap empat dan menanggung lima anak.
Nazerin pula memohon hukuman lebih ringan atas alasan perlu menanggung isteri dan empat anak selain menghidap sakit buah pinggang manakala Mohamad Nazrol berkata dia baru melangsungkan perkahwinan selain turut menghidap penyakit buah pinggang.
Hayda Faridzal berkata mahkamah mengambil kira rayuan ketiga-tiga tertuduh termasuk masalah kesihatan dan tanggungan keluarga mereka selain hujah pendakwaan mengenai kepentingan awam serta kedudukan harimau Malaya sebagai spesies ikonik negara.
“Pengakuan bersalah tidak boleh dianggap sebagai diskaun automatik namun tetap diambil kira kerana ia menjimatkan masa dan kos mahkamah, pendakwaan serta saksi.
“Setelah menimbangkan semua faktor yang relevan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM250,000 terhadap setiap tertuduh dan jika gagal bayar, penjara tujuh tahun,” katanya.
Terdahulu, Hayda Faridzal turut membuat pengecaman fizikal terhadap beberapa eksibit termasuk bangkai haiwan itu dan kereta Perodua Alza di pekarangan mahkamah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked