Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Sri Lanka larang pakai purdah

DUNIA

Sri Lanka larang pakai purdah

Larangan pakai purdah itu dikuatkuasakan untuk memastikan keselamatan negara.

COLOMBO, 29 April – Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena semalam mengumumkan larangan pemakaian purdah seminggu selepas serangan ganas yang meragut 253 nyawa di negara itu pada minggu lalu.

Pengumuman itu dibuat di bawah perintah darurat yang diumumkan di negara itu pada minggu lalu.

Pejabat presiden dalam satu kenyataan memaklumkan larangan purdah atau niqab itu akan berkuat kuasa pada hari ini.

“Ia adalah untuk memastikan keselamatan negara. Tiada siapa perlu menutup muka mereka untuk menyukarkan proses kenal pasti identiti,” jelasnya lagi.

Penduduk Islam hanya meliputi kira-kira 10 peratus daripada 21 juta populasi penduduk di negara itu.

Sinar Harian yang memetik laporan AFP menyebutkan kebanyakan penduduk Islam mengamalkan prinsip liberal dan hanya segelintir mengenakan niqab.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading