STOKING TERTERA KALIMAH ALLAH: KERAJAAN BERI LALUAN PENUH POLIS SIASAT, TIDAK CAMPUR TANGAN
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak campur tangan terhadap sebarang proses siasatan berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart cawangan Bandar Sunway di Petaling Jaya baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak campur tangan terhadap sebarang proses siasatan berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart cawangan Bandar Sunway di Petaling Jaya baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memberi laluan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menyifatkan isu itu bukanlah boleh diselesaikan melalui sebarang tindakan oleh gerombolan berasingan.
“Kita serah pada siasatan profesional, namun pada masa sama kerajaan tetap berpendirian bahawa tiada tolak ansur terhadap perbuatan sedemikian terutamanya melibatkan agama Islam, agama Persekutuan di negara ini.
“Namun bukan agama Islam sahaja, (juga) termasuklah menghina mana-mana kaum dan agama lain, ia tiada tolak ansur. Kita nak selamatkan negara dan perlu tindakan tegas bagi menentukan tidak berlaku mana-mana perlakuan (seperti itu) lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalannya Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Anwar dalam ucapannya juga menyeru seluruh pimpinan dan anggota polis untuk terus bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh, tegas dan berani.
“Saya merayu banteras rasuah ini untuk selamatkan negara dan bangsa, jangan kita khianati amanah ini walaupun ia bukan mudah. Bila rasuah mula menjadi sistemik, ia akan menghakis seluruh sendi anggota dan ia perlu ketangkasan dan kekuatan untuk bertempur dalam bidang ini (rasuah).
“Sama-sama kita ingat pesanan 3C bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada tahun 1961 iaitu, Communism, Corruption, Communalism, maknanya apa, ada sebut soal rasuah, pada tahun 1961 lagi pimpinan kita dah nampak… kini 2024 pun kita masih bertarung dengan isu rasuah,” katanya.
Beliau pada masa sama turut menasihati pasukan polis untuk terus meningkatkan integriti.
Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk memberi kemudahan kepada sebarang proses melibatkan penambahbaikan premis dan perumahan anggota polis.
“Kita bicara soal polis kena berlawan hadapi soal digital, jenayah komersial, tapi bangunannya 20-30 tahun kekal dengan kemudahan usang, pejabat 30 tahun ketinggalan dari aspek kemudahan, sebab itu kita sekarang tumpu perumahan dan pejabat polis.
“Saya beri laluan pada Kementerian Dalam Negeri agar sebarang proses tender dipercepatkan, kita cuba sedaya upaya baiki,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager