
Gambar tular.
SHAH ALAM: Sebuah tabung disyaki dari Masjid Seksyen 7, Shah Alam didakwa telah ditemui di kawasan di Seksyen 13 bandar itu hari ini.
Beberapa gambar telah tular di media sosial menunjukkan tabung masjid itu telah dikopak dan ditinggalkan di kawasan parkir kereta.
Berita AlHijrah cuba mendapatkan laporan penuh berhubung kejadian.
Terdahulu polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian kecurian tabung masjid di Masjid Seksyen 7, Jalan Kristal di Shah Alam, awal pagi pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi melibatkan empat lelaki warga tempatan yang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza berwarna perak dengan nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan.—AlHijrah Online