Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH RUNTUH: ANGGOTA APM PENGSAN SEWAKTU BERTUGAS

DALAM NEGARA

TANAH RUNTUH: ANGGOTA APM PENGSAN SEWAKTU BERTUGAS

Muhammad Faiq Haikhal Mohd Jeffrey dari cawangan Sabak Bernam pengsan kira-kira 1 tengah hari tadi dipercayai akibat cuaca panas terik, selain berkemungkinan dehidrasi kesan kurang minum air kerana terlalu fokus kepada pencarian mangsa.

Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan anggota Pertahanan Malaysia melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali -fotoBERNAMA

BATANG KALI: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, pengsan dipercayai akibat keletihan melampau.

Jurucakap APM Selangor berkata Muhammad Faiq Haikhal Mohd Jeffrey dari cawangan Sabak Bernam pengsan kira-kira 1 tengah hari tadi dipercayai akibat cuaca panas terik, selain berkemungkinan dehidrasi kesan kurang minum air kerana terlalu fokus kepada pencarian mangsa.

“Beliau memulakan tugasnya hari ini pada 7.30 pagi tadi dan telah terlibat dalam operasi SAR tersebut secara bergilir mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya anggota APM berkenaan telah dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.

Setakat hari ini, tragedi runtuhan yang berlaku pada awal pagi 16 Dis lepas telah meragut 30 nyawa, manakala 61 selamat dengan berbaki seorang lagi masih hilang iaitu kanak-kanak lelaki.

Seramai 92 mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading