Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TARAWIH 20 RAKAAT DI MASJID, SURAU PAHANG

DALAM NEGARA

TARAWIH 20 RAKAAT DI MASJID, SURAU PAHANG

Jabatan Mufti Negeri Pahang dalam satu kenyataan dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan penetapan itu selepas mendapat perkenan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Gambar FAIL

KUANTAN: Pahang akan melaksanakan 20 rakaat solat sunat tarawih dengan tiga rakaat witir dua salam di seluruh masjid dan surau di negeri ini sepanjang Ramadan tahun ini. 

Jabatan Mufti Negeri Pahang dalam satu kenyataan dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan penetapan itu selepas mendapat perkenan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Solat sunat tarawih disyariatkan pada malam-malam bulan Ramadan. Rasulullah SAW mengingatkan umat Islam bahawa melakukan solat-solat sunat di malam Ramadan mempunyai fadilat yang sangat besar.

“Kesempurnaan solat tarawih adalah afdal didirikan 20 rakaat sebagaimana dijelaskan oleh Imam Syafie iaitu ‘bahawa saya amat suka jika didirikan 20 rakaat solat tarawih’. Walau bagaimanapun, pihak masjid dan surau boleh memilih untuk memendekkan solat tarawih kepada lapan rakaat pada malam sambutan Nuzul Al-Quran,” menurut kenyataan itu.

Jabatan terbabit turut memaklumkan menunaikan solat tarawih secara berjemaah adalah lebih afdal sepertimana yang telah dijelaskan oleh Al Buwaiti.

“Sebagaimana diriwayatkan, bahawa Saidina Umar Radhiyallahu ‘anhu telah mengumpul orang ramai dengan menjadikan Ubai bin Kaab sebagai imam. Justeru, pandangan yang sohih ialah solat tarawih secara berjemaah adalah lebih afdal,” menurut kenyataan itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading