Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Tiada mood bekerja? Syarikat benarkan bercuti

DUNIA

Tiada mood bekerja? Syarikat benarkan bercuti

Gambar hiasan

CHANGZHOU, 5 Mac – Tiada mood untuk bekerja hari ini? Anda boleh mengambil cuti.

Demikian tindakan yang dilakukan oleh sebuah syarikat, China Dinosaurs Park apabila membenarkan pekerjanya mengambil cuti sekiranya tiada mood.

Bukan itu sahaja, syarikat taman tema itu turut memperuntukan sehari cuti bergaji setiap bulan khas untuk para pekerjanya, berehat di rumah.

Sinar Harian memetik laporan Daily Mail menyebutkan syarikat itu mengamalkan polisi sejak tiga tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan prestasi, emosi serta semangat para pekerja.

Ini kerana pekerjanya sentiasa berhadapan dengan pelbagai karenah pengunjung taman tema yang boleh mendatangkan rasa marah mahupun tertekan.

Wakil syarikat, Chen Qingcheng, berkata, pekerja yang berada dalam keadaan gembira, seronok, pasti akan mampu melayan pengunjung dengan lebih baik.

Ternyata polisi berkenaan mendapat perhatian netizen yang mencemburui kakitangan syarikat berkenaan dan dianggap bertuah memiliki majikan seumpama itu.

Selain itu, beberapa syarikat lain di China turut mengamalkan polisi ‘cuti janji temu’ untuk memberi peluang kepada pekerja masih bujang mencari pasangan hidup.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading