TIGA PASANGAN SUAMI ISTERI ANTARA LAPAN DITAHAN DISYAKI PENGIKUT AJARAN MILLAH ABRAHAM
Lapan individu terdiri daripada tiga pasangan suami isteri dan dua lelaki ditahan kerana dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham, dalam serbuan di sebuah rumah di di sini, tengah malam tadi.
JASIN: Lapan individu terdiri daripada tiga pasangan suami isteri dan dua lelaki ditahan kerana dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham, dalam serbuan di sebuah rumah di di sini, tengah malam tadi.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata kesemua yang ditahan berusia antara 28 dan 71 tahun terdiri daripada pesara kerajaan, pekerja swasta, bekerja sendiri dan suri rumah sepenuh masa.
Rahmad yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka itu berkata pihak berkuasa menerima aduan awam mengenai terdapatnya penyebaran dan pengamalan ajaran Millah Abraham yang telah difatwakan di negeri itu sebagai menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam.
“Satu serbuan dilaksanakan bagi memeriksa dan menggeledah rumah dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham melibatkan 70 kekuatan anggota pihak berkuasa dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Dalam penggeledahan di rumah berkenaan, pelbagai barangan kes disita antaranya buku berkaitan ajaran Millah Abraham seperti Ruhul Qudus Eksistensi dan Esensi Al-Quran, Jalan Kebenaran Universal, Renungan Spiritual dan Membaca Alam Membaca Zaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata beberapa peralatan elektronik seperti komputer riba dan telefon bimbit turut dirampas untuk analisis forensik bagi membantu siasatan lanjut kes tersebut.
Menurut Rahmad, berdasarkan soal siasat dijalankan, suspek mengaku pengajian pengikut ajaran tersebut dilakukan secara dalam talian menerusi beberapa aplikasi tertentu dan mereka juga aktif merekrut ahli baharu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan.
“Kesemua yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 iaitu menghina agama Islam dengan mengingkari atau melanggar fatwa telah diwartakan.
“Mereka juga disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 60 enakmen sama iaitu kesalahan ajaran salah dan Seksyen 48 iaitu kesalahan penerbitan agama yang berlawanan dengan hukum syarak,” katanya.
Sementara itu, Rahmad meminta masyarakat Islam khususnya di Melaka supaya menjauhi mana-mana fahaman atau ajaran telah difatwakan dan diwartakan sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang ajaran sesat di negeri itu segera melaporkan JAIM agar akidah umat Islam sentiasa terpelihara. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager