Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TOLAK NORMALISASI LGBT KERANA BERCANGGAH AGAMA – ZULKIFLI

DALAM NEGARA

TOLAK NORMALISASI LGBT KERANA BERCANGGAH AGAMA – ZULKIFLI

Pihaknya menolak normalisasi LGBT kerana bercanggah dengan agama, moral dan nilai masyarakat.

Sumber Gambar: BERNAMa

KUALA LUMPUR: Tiada kompromi terhadap isu LGBT kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pihaknya menolak normalisasi LGBT kerana bercanggah dengan agama, moral dan nilai masyarakat.

“Saya berterima kasih kepada khalayak yang berminat dengan jawapan bertulis saya di Parlimen tempoh hari mengenai faktor keterlibatan gejala LGBT.

“Saya menjemput semua rakan-rakan termasuk ahli-ahli Parlimen dan seluruh anggota masyarakat untuk merujuk dan meneliti dengan jujur jawapan penuh bertulis saya: https://www.parlimen.gov.my/jawapan-lisan-dr.html?uweb=dr,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dengan rendah hati mengajak orang ramai untuk sama-sama memberikan penekanan terhadap keperluan untuk bertabayyun bagi mendapatkan maklumat yang betul, dan merujuk kepada sumber yang sahih, dengan konteks yang tepat dan menyeluruh.

Sebelum ini Zulkifli dilaporkan berkata pelbagai faktor mempengaruhi keterlibatan seseorang dalam gaya hidup LGBT termasuk menghadapi tekanan kerja.

Tambahnya berdasarkan kajian terdahulu dapat disimpulkan bahawa keluarga, persekitaran sosial dan kekurangan penghayatan agama adalah faktor utama yang mempengaruhi gejala LGBT. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading