Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

10 ANGGOTA DILAPORKAN MAUT, DUA HELIKOPTER BERLANGGAR SEBELUM TERHEMPAS

DALAM NEGARA

10 ANGGOTA DILAPORKAN MAUT, DUA HELIKOPTER BERLANGGAR SEBELUM TERHEMPAS

Seramai 10 anggota disahkan maut dalam kejadian dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak terhempas selepas berlanggar, pagi tadi.

LUMUT: Seramai 10 anggota dipercayai terkorban dalam kejadian dua buah helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, kira-kira 9.30 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – DUA HELIKOPTER TERHEMPAS DI LUMUT, 10 DISAHKAN MENINGGAL DUNIA – TLDM
@beritaalhijrah114

Dua buah helikopter terhempas selepas bertembung ketika latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Menerusi video tular, kejadian berlaku ketika 7 buah helikopter sedang membuat satu bentuk formasi sebelum dua daripadanya berlanggar dan terhempas. Setakat ini dipercayai 10 individu terkorban dalam kejadian tersebut.

♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

Berdasarkan maklumat awal, pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) telah bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.

Berdasarkan video tular, kejadian berlaku ketika 7 buah helikopter sedang membuat satu bentuk formasi sebelum dua pesawat terlibat berlanggar dan terhempas.

Difahamkan kedua-dua pesawat tersebut telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi tadi.

Pesawat HOM yang membawa 7 orang kru telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec yang membawa 3 kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian tersebut.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi berkenaan insiden.— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: DUA HELIKOPTER TERHEMPAS DI LUMUT, 10 DISAHKAN MENINGGAL DUNIA – TLDM – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading