Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HARMONI MADANI USAHA PENTING CARI TITIK DAMAI, REDAKAN KETEGANGAN ANTARA KAUM

DALAM NEGARA

HARMONI MADANI USAHA PENTING CARI TITIK DAMAI, REDAKAN KETEGANGAN ANTARA KAUM

Budaya damai itu harus diterjemahkan dalam tindakan nyata melalui pertemuan, perbincangan, dan kerjasama antara komuniti secara berterusan.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Pengerusi Kuil-Kuil Hindu bersalaman bersama Persatuan Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima) Datuk N Sivakumar pada sidang media selepas program Harmoni MADANI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

KUALA LUMPUR: Penganjuran Harmoni Madani yang melibatkan pertemuan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan India baru-baru ini satu usaha penting mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara.

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyifatkan usaha itu dapat memperkukuh keharmonian masyarakat majmuk Malaysia yang berteraskan nilai saling menghormati dan kefahaman bersama.

“WADAH berpandangan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama perlu terus mengangkat prinsip “kepelbagaian dalam bingkai kesatuan”, iaitu mengiktiraf perbezaan sebagai kekuatan yang memperkayakan kehidupan bersama, bukan sebagai sumber perpecahan.

“Dalam konteks ini, konsep peaceful coexistence atau kehidupan bersama secara damai mesti dijadikan asas dalam membina masa depan negara yang stabil dan Sejahtera,” kata Setiausaha Agungnya Azizudin Ahmad.

Pihaknya menegaskan kepentingan membudayakan “budaya damai”, iaitu pendekatan yang menolak konflik, mengutamakan hikmah, serta mengangkat nilai dialog, keadilan dan ihsan dalam mengurus kepelbagaian.

Budaya damai itu harus diterjemahkan dalam tindakan nyata melalui pertemuan, perbincangan, dan kerjasama antara komuniti secara berterusan.

WADAH turut menekankan bahawa semangat dialog tidak boleh bersifat bermusim atau reaktif semata-mata, tetapi perlu dijadikan sebagai amalan berterusan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Dialog yang jujur, terbuka dan beradab adalah kunci untuk membina kepercayaan serta mengelakkan salah faham yang boleh mencetuskan ketegangan.

“Dalam hal ini, WADAH komited untuk memainkan peranan aktif melalui jaringan sedia ada, termasuk kerjasama dengan gabungan pertubuhan seperti HIKAM, bagi memperkukuh usaha membina jambatan persefahaman antara agama dan kaum,” kata Azizudin.

Pada Rabu, wakil NGO Islam dan India dipertemukan melalui program Harmoni Madani yang yang berlangsung kira-kira empat jam di Pusat Konvensyan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dialog berkenaan membuka ruang kepada kedua-dua komuniti untuk berunding tanpa dipengaruhi pihak luar.

Menurutnya, sesi dialog itu penting sebagai langkah pertama dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading