Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUACA PANAS: UMAT ISLAM DISERU LAKSANA SOLAT SUNAT ISTISQA’

DALAM NEGARA

CUACA PANAS: UMAT ISLAM DISERU LAKSANA SOLAT SUNAT ISTISQA’

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini tahun ini termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan.

Gambar Arkib- Bernama

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam melaksanakan solat sunat istisqa’ memohon rahmat hujan susulan cuaca panas dan kering ketika ini.

Beliau berkata usaha berkenaan wajar dilaksanakan secara berterusan sebagai tanda keinsafan dan kebergantungan kepada Allah SWT.

“Semoga segala doa dan munajat yang dipanjatkan diterima serta dimakbulkan oleh Allah SWT serta dikurniakan hujan yang membawa keberkatan kepada seluruh alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini tahun ini termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan.

Beliau berkata dalam cuaca panas melampau ketika ini, orang ramai perlu lebih peka termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat. — Bernama


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading