Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LANGKAH SARING PENGGUNA BAWAH 16 TAHUN WAJAR – PPIM

DALAM NEGARA

LANGKAH SARING PENGGUNA BAWAH 16 TAHUN WAJAR – PPIM

Bermula semalam, Malaysia mewajibkan pengesahan umur untuk pendaftaran akaun media sosial bagi memastikan individu berusia bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan membuka akaun di platform media sosial.

Kuala Lumpur: Langkah kerajaan menguatkuasakan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial disifatkan sebagai tindakan tepat dalam usaha memperkukuh keselamatan pengguna digital, khususnya golongan remaja bawah umur.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, pelaksanaan dasar itu mampu membantu mengurangkan risiko jenayah siber seperti penipuan dalam talian, gangguan siber serta pendedahan kepada kandungan tidak sesuai yang semakin membimbangkan.

Menurut PPIM, peningkatan kes manipulasi digital dan jenayah siber memerlukan pendekatan lebih tersusun bagi memastikan keseimbangan antara akses teknologi dan perlindungan pengguna dapat dicapai.

“PPIM menyambut baik pelaksanaan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial yang mula berkuat kuasa semalam sebagai langkah ke hadapan dalam memperkukuh keselamatan pengguna di ruang digital,” menurut kenyataan persatuan itu hari ini.

Bermula semalam, Malaysia mewajibkan pengesahan umur untuk pendaftaran akaun media sosial bagi memastikan individu berusia bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan membuka akaun di platform media sosial.

Di bawah peraturan baharu itu, pengguna perlu mengemukakan dokumen pengenalan rasmi yang dikeluarkan kerajaan seperti MyKad, pasport atau MyDigital ID bagi tujuan pengesahan umur.

Ketetapan tersebut melibatkan beberapa platform utama termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Dalam pada itu, PPIM turut menyifatkan pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) sebagai perkembangan positif ke arah meningkatkan tanggungjawab penyedia platform digital.

Penyedia platform media sosial perlu mengambil langkah lebih proaktif bagi memastikan pematuhan penuh terhadap CPC dan RMC termasuk mempercepat pelaksanaan sistem pengesahan umur serta memperkukuh ciri keselamatan pengguna.

“PPIM akan terus memantau perkara ini dari semasa ke semasa bagi memastikan hak dan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara,” maklum kenyataan itu.

Tambah PPIM, usaha melindungi pengguna digital memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan pendidikan, pemantauan berterusan serta kerjasama semua pihak berkaitan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading