Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SEKAT MENTERI ISRAEL BERHUBUNG PENDERAAN AKTIVIS GSF – AHLI PARLIMEN EROPAH

DUNIA

SEKAT MENTERI ISRAEL BERHUBUNG PENDERAAN AKTIVIS GSF – AHLI PARLIMEN EROPAH

Gesaan itu timbul selepas video dimuat naik Ben Gvir memaparkan aktivis yang ditahan diikat menggunakan pengikat kabel dan dipaksa berlutut selepas ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa.

BRUSSELS: Seramai 29 Anggota Parlimen Eropah (MEP) diketuai wakil Itali Danilo Della Valle, menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan hak asasi manusia terhadap Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir serta pihak lain yang didakwa terlibat dalam penderaan terhadap aktivis flotila bantuan Gaza.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), gesaan itu dibuat menerusi surat yang dihantar kepada Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa bagi mendesak EU mengaktifkan rejim sekatan hak asasi manusia global.

Della Valle dalam kenyataan di platform X berkata, aktivis flotila yang pulang ke negara masing-masing melaporkan pelbagai insiden serius selepas ditahan.

“Mereka dilaporkan dipamerkan kepada umum dalam keadaan bergari dan berantai selain mengalami keganasan fizikal dan psikologi serta layanan yang menghina maruah manusia,” katanya.

Beliau berkata EU mempunyai mekanisme sedia ada untuk mengenakan sekatan bersasar terhadap individu dan entiti yang dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia.

Menurutnya, mekanisme itu sebelum ini digunakan terhadap pihak lain dan kini perlu diperluaskan kepada sesiapa sahaja yang didakwa terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penderaan terhadap aktivis flotila.

Gesaan itu timbul selepas video dimuat naik Ben Gvir memaparkan aktivis yang ditahan diikat menggunakan pengikat kabel dan dipaksa berlutut selepas ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa.

Sementara itu, Global Sumud Flotilla pada Selasa memaklumkan kesemua 50 kapal dalam konvoinya dirampas Israel.

Flotila yang membawa 428 peserta dari 44 negara itu berlepas dari Marmaris, Turkiye pada Khamis lalu dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang berkuat kuasa sejak 2007.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading