Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL GEGAR SELATAN LUBNAN SELEPAS ISYTIHAR ZON TEMPUR

DUNIA

ISRAEL GEGAR SELATAN LUBNAN SELEPAS ISYTIHAR ZON TEMPUR

Tentera Israel memulakan siri serangan baharu ke atas infrastruktur Hizbullah di sekitar bandar Tyre di selatan Lubnan selepas mengeluarkan amaran pemindahan kepada penduduk kawasan terbabit.

Sumber: AFP

BEIRUT: Tentera Israel memulakan siri serangan baharu ke atas infrastruktur Hizbullah di sekitar bandar Tyre di selatan Lubnan selepas mengeluarkan amaran pemindahan kepada penduduk kawasan terbabit.

Sehari sebelum itu, Israel mengisytiharkan semua kawasan di selatan Sungai Zahrani Lubnan iaitu kawasan sejauh kira-kira 40 kilometer dari sempadan yang merangkumi Tyre sebagai “zon tempur” dan mengarahkan penduduk berpindah menjelang serangan terhadap Hizbullah.

Amaran menyeluruh yang pertama seumpamanya sejak gencatan senjata 17 April lalu itu dikeluarkan ketika sebilangan besar rakyat Lubnan sedang menyambut perayaan Aidiladha.

Agensi Berita Nasional (NNA) milik kerajaan Lubnan melaporkan dua siri serangan Israel telah melanda bandar berkenaan dan kawasan di bahagian timurnya pada pagi Khamis yang merempuh sebuah bangunan serta mencetuskan kebakaran di Tyre.

Pada minggu ini, Israel berikrar untuk memperhebat serta memperluas operasi darat di Lubnan, manakala Hizbullah memaklumkan pejuangnya telah bertempur dengan tentera rejim Zionis itu melepasi “garisan kuning” di wilayah selatan.

NNA turut melaporkan siri serangan di bandar Nabatieh telah mengakibatkan kemusnahan besar di kawasan perumahan pada Rabu.

Kementerian Kesihatan Lubnan semalam memaklumkan jumlah keseluruhan angka korban sejak perang tercetus pada 2 Mac kini mencecah 3,269 orang iaitu peningkatan sebanyak 56 mangsa berbanding hari sebelumnya susulan serangan berterusan Israel. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading