SEPANG – Sebelas rakyat Malaysia adalah antara 225 jemaah bertuah dari pelbagai negara yang terpilih menyertai program tetamu Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud bagi menunaikan ibadah umrah.
Program diperkenal sejak 2015 itu disertai jemaah dari 27 negara termasuk Indonesia, Filipina, India, Bangladesh, China, Pakistan, Thailand, Bosnia dan Herzegovina, Kosovo, Croatia, Slovenia, Macedonia, Serbia, Albania, Montenegro, Korea Selatan, Hong Kong, Mauritania, Algeria, Mesir, Tunisia, Maghribi, Sudan, Maldives, Jordan dan Lubnan.
Ziarah sepuluh hari itu akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik, antaranya lawatan ke beberapa tempat bersejarah di Mekah dan Madinah, perjumpaan bersama imam Masjid Nabawi serta majlis ilmu bersama para ulama.
Kumpulan jemaah Malaysia akan berlepas ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala jemaah lain berlepas dari negara masing-masing pada Rabu ( 3 April) dan akan berada di Mekah sehingga 13 April.
Pegawai Penyelidik Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Ahmad Fazrin Yahaya berkata antara tujuan program itu ialah mengumpul para jemaah dari seluruh dunia selain saling bertukar pandangan tentang Islam dan mengeratkan silaturahim sesama umat Islam.
Beliau berkata semua tetamu ditaja sepenuhnya melalui peruntukan peribadi Raja Salman yang membabitkan kos penginapan, tiket kapal terbang, makan minum serta program ziarah ke tempat bersejarah.
“Mereka yang terpilih terdiri daripada kalangan
agamawan, wakil kerajaan, ahli akademik, pendakwah dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO).
“Sudah pasti program ini menyasarkan satu matlamat yang besar bagi memenuhi wawasan 2030 (yang diilhamkan Putera Mahkota Arab Saudi itu). Dijangka lebih ramai peserta akan dijemput menyertai program ini (pada masa akan datang),” katanya kepada Bernama selepas memberi taklimat kepada para peserta di sini pada Rabu.
Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Dr Abdul Latif bin Abdulaziz Al Al-Sheikh dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pihaknya telah membuat persediaan rapi bagi memastikan keselesaan para jemaah. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked