Pengusaha industri halal digesa terima Industri 4.0
Pemain industri halal digesa menerima pakai teknologi baharu Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) yang berpotensi memberi banyak manfaat kepada perkembangan sektor berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
KUALA LUMPUR – Pemain industri halal digesa menerima pakai teknologi baharu Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) yang berpotensi memberi banyak manfaat kepada perkembangan sektor berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata antara teknologi yang boleh diterokai oleh pemain industri ialah Internet of Things, blockchain, teknologi nano, Data Raya dan teknologi mudah alih.
“Malah, aplikasi telefon mudah alih bagi isu-isu halal sudah menjadi perkara biasa sekarang sama ada membantu pelawat mencari tempat makan halal, masjid dan arah kiblat mahupun menyemak silang pengesahan sijil halal seperti aplikasi Verify Halal oleh Jakim,” katanya ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global 2018 (GHaS 2019) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Lebih 40 negara menyertai GHaS 2019 yang yang bertemakan “Halal Connecting The World”. GHaS merupakan platform terbesar pemain industri halal dunia untuk berbincang, berkongsi pengetahuan serta membentuk rangkaian perniagaana dan meneroka peluang untuk meningkatkan lagi komuniti halal demi faedah masyarakat secara global.
Menurut Mujahid, impak revolusi itu termasuklah meningkatkan taraf hidup, memperkukuh keselamatan dan perlindungan serta menambah baik kapasiti sesebuah masyarakat itu secara ketara. Malah jelasnya, industri halal perlu memanfaatkan potensi itu dalam usaha untuk terus mencatatkan pertumbuhan di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, beliau berkata sekurang-kurangnya 10,000 syarikat tempatan dan antarabangsa telah memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga Mac lalu.
Untuk menggalakkan syarikat luar mendapatkan sijil halal, Jakim telah membuka peluang pensijilan antarabangsa dan turut mengiktiraf sebanyak 78 badan pensijilan dan logo halal luar negara dari 45 negara.
Mujahid turut berbangga dengan sambutan baik GHaS 2019 yang membuktikan industri halal mencatat momentum peningkatan di peringkat antarabangsa selain membuka peluang kepada semua pihak mengukuhkan hubungan dan rangkaian perniagaan antara agensi kerajaan serta pengiat industri.
“Kelebihan ini boleh diguna untuk mengukuhkan lagi pertumbuhan baik ekonomi masyarakat Islam di seluruh dunia dan saya berharap acara ini akan diteruskan pada masa depan dan menjadi acara tahunan negara,” katanya. – Sinar Harian
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked