Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya (enam dari kiri) dalam majlis pelancaran Kempen Beli Produk Muslim, yang berlangsung di Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Kempen Beli Produk Muslim di seluruh negara hari ini bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan umat Islam.
Kempen yang bertujuan melonjakkan ekonomi orang Islam ini juga mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal seluruh negara dan membina jaringan perniagaan yang lebih meluas.
Hal ini dinyatakan Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya pada majlis pelancaran kempen tersebut di Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur hari ini.
Menurut beliau, sokongan padu daripada umat Islam sangat penting kerana masih banyak lagi produk muslim yang tidak diketengahkan dan diumpamakan seperti ‘hidup segan mati tak mahu’.
“Kita bukan tolak produk orang lain. Tetapi kita nak beri keutamaan
kepada produk orang Islam. Jangan fikir negatif kononnya asal Melayu
sahaja tak bagus, asal Melayu sahaja tak baik.
“Mungkin ada sedikit kekurangan, dari segi pengedaran, kualiti,
promosi. Namun akan dipertingkat dari semasa ke semasa,” katanya.
Aminuddin juga menegaskan, dalam dunia ini tidak pernah berlaku golongan majoriti kalah ekonominya dengan golongan minoriti. Maka beliau menyeru kepada semua agar memberi sokongan kepada produk muslim sendiri untuk mengatasi kepincangan itu.
“Banyak produk muslim di pasaran, cuma yang kurang adalah sokongan daripada orang kita. Maka, kita berharap pelancaran kempen bersama PPIM hari ini, akan dapat digerakkan di seluruh Malaysia dengan jayanya,” jelasnya lagi.
Selain itu, Aminuddin yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menaruh harapan agar produk-produk muslim di negara ini suatu hari nanti akan menjadi ikon kepada Malaysia.
“Kita akan bina satu syarikat gergasi yang boleh disenaraikan di
dalam Bursa Saham. Kita juga harap melalui kempen ini dapat memberi
kesedaran kepada umat kita bahawa cukuplah untuk mengkayakan orang lain.
Kita kena kayakan orang Islam pula.
“Saya yakin kita boleh buat. Walaupun orang kata orang Melayu ni lemah, malas. Itu semua doktrin yang tak betul. Kita hebat. Kita kena yakin kita boleh buat. Nasib kita adalah di tangan kita. Kita tak boleh nak harapkan orang lain tolong bangsa kita,” katanya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked