Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

5 CEDERA DITEMBAK TENTERA ISRAEL DI SELATAN LUBNAN

DUNIA

5 CEDERA DITEMBAK TENTERA ISRAEL DI SELATAN LUBNAN

Lima penduduk Kfarkila di selatan Lubnan cedera akibat tembakan tentera Israel pada Ahad ketika mereka cuba kembali ke kampung halaman.

Pasukan penyelamat di Chaqra membawa seorang mangsa yang cedera ditembak oleh tentera Israel selepas dia dikatakan cuba berjalan ke arah Mais al-Jabal di selatan Lubnan pada Ahad.

Sumber Gambar: AFP

ANKARA: Lima penduduk Kfarkila di selatan Lubnan cedera akibat tembakan tentera Israel pada Ahad ketika mereka cuba kembali ke kampung halaman, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik agensi berita rasmi Lubnan.

Insiden itu berlaku walaupun tarikh akhir pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan telah berakhir.

Israel sebelum ini menyatakan bahawa pengunduran mungkin mengambil masa lebih lama daripada tempoh 60 hari yang ditetapkan.

Sehingga Jumaat, tentera Israel telah melanggar gencatan senjata sebanyak hampir 660 kali sejak ia dikuatkuasakan pada akhir November lepas.

Lubnan dan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata pada 27 Nov untuk menamatkan lebih 14 bulan pertempuran antara tentera Israel dan kumpulan pejuang Lubnan, Hizbullah.

Data daripada Kementerian Kesihatan Lubnan menunjukkan sejak serangan Israel ke atas Lubnan bermula pada 8 Okt 2023, sekurang-kurangnya 4,068 orang terkorban, termasuk wanita, kanak-kanak, dan petugas kesihatan, manakala 16,670 orang cedera. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading