AHMAD ZAHID KETUAI JAWATANKUASA KABINET PERKASA PENSIJILAN, INDUSTRI HALAL NEGARA – PM ANWAR
KUALA LUMPUR: Semua jabatan dan agensi berkaitan akan diselaras di bawah satu Jawatankuasa Kabinet, bagi memperkasa aspek pensijilan dan industri halal negara ke peringkat lebih kompetitif, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan perasmian Global Halal Summit (GHaS) 2023 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. Turut bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. — Bernama
KUALA LUMPUR: Semua jabatan dan agensi berkaitan akan diselaras di bawah satu Jawatankuasa Kabinet, bagi memperkasa aspek pensijilan dan industri halal negara ke peringkat lebih kompetitif, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan diterajui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dipertanggungjawab menyelaras sinergi antara semua pihak terbabit, bagi memanfaatkan sepenuhnya ekosistem halal negara, sekali gus mencipta peluang lebih besar dalam pasaran halal global.
“Pensijilan halal, memang kita dapat markah yang tinggi tapi saya mahu ia terus diangkat bukan sahaja dijadikan contoh oleh negara lain, termasuk dari aspek kecekapan dari segi penyelidikan bermutu serta keupayaan memberi kelulusan dengan sangat cepat dan pantas.
“Malah pemimpin dunia yang saya temui seperti China, Jepun, Korea Selatan, Vietnam dan Kemboja juga, bercakap mengenai industri halal dengan mereka memberi tumpuan kepada Malaysia…rugi besar kalau kita tidak bagi tumpuan khusus,” katanya ketika berucap merasmikan Global Halal Summit (GHaS) 2023 di sini hari ini.
Turut hadir Ahmad Zahid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Atas faktor itu selain pasaran global industri halal dunia yang dijangka mencapai jumlah USD2.4 trilion pada 2024, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau meminta Ahmad Zahid dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi tumpuan khusus kepada memperkasa aspek pensijilan dan promosi perdagangan, bagi membolehkan Malaysia menerajui pasaran industri halal dunia yang amat kompetitif.
Perdana Menteri berkata sinergi antara pensijilan halal dengan promosi perdagangan amat penting dan ia menuntut semua pemain industri halal tempatan, jabatan dan agensi berkaitan mengetepikan amalan bekerja secara silo.
Anwar berkata soal halal bukan hanya berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga barangan lain seperti produk farmaseutikal, kosmetik, barang gunaan, perkhidmatan logistik, peranti perubatan dan pengilangan kontrak, di mana penilaian ‘halal lagi bersih’ yang diberikan boleh menarik minat negara bukan Islam.
“Jadi ini semua harus diselaraskan dengan HDC (Halal Development Corporation Bhd) dan MATRADE (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia), kerana ada pengkhususan dan sinergi dengan industri tempatan.
“Jika tidak, kita hanya akan perkenal dan luluskan pensijilan halal, tetapi tidak mengembangkan industri halal negara kita,” katanya.
Dalam hal itu, Perdana Menteri mahu setiap langkah diambil JAKIM dalam pensijilan halal, mesti seiring dengan perkembangan industri tempatan dan dunia, supaya kemampanan dalam industri halal membuka akses lebih luas kepada Malaysia di pasaran global.
Anwar juga mahu ruang yang sama diberikan kepada perindustrian mikro kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri halal, agar mereka juga mampu bersaing ke peringkat antarabangsa selain syarikat besar yang sedia terkenal dan memiliki keupayaan.
“Ada satu penekanan baharu, iaitu memberikan ruang kepada PMKS bertapak dengan bantuan sewajarnya. Kalau ini bukan urusan JAKIM, mungkin juga urusan MATRADE atau MARA, dan sebab itu saya katakan, penyelarasan itu penting,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests