Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AKADEMI QURRA’ 2024: TIADA PENYINGKIRAN PADA MINGGU KEDUA, TILMIZAH BUSYRA DINOBAT ANUGERAH ALUNAN TERINDAH

DALAM NEGARA

AKADEMI QURRA’ 2024: TIADA PENYINGKIRAN PADA MINGGU KEDUA, TILMIZAH BUSYRA DINOBAT ANUGERAH ALUNAN TERINDAH

12 Tilmiz dan Tilmizah meneruskan perjuangan untuk minggu seterusnya selepas tiada penyingkiran pada minggu kedua program realiti Akademi Qurra’ 2024.

Tilmizah Ain Syafa (kiri) dan Tilmiz Dr Adlee (kanan) memperoleh markah terendah pada minggu kedua Akademi Qurra 2024.
Sumber Gambar: TV AlHijrah

KUALA LUMPUR: 12 Tilmiz dan Tilmizah meneruskan perjuangan untuk minggu seterusnya selepas tiada penyingkiran pada minggu kedua program realiti Akademi Qurra’ 2024.

Dua peserta Akademi Qurra’ 2024 iaitu Tilmiz Dr. Adlee dan Tilmizah Ain Syafa antara yang perlu memperbaiki bacaan pada minggu seterusnya selepas merekodkan markah yang rendah semalam.

Tilmizah Busyra memenangi Anugerah Alunan Terindah pada minggu kedua Akademi Qurra 2024.
Sumber Gambar: TV AlHijrah

Sementara itu, minggu kedua Akademi Qurra’ 2024 menyaksikan Tilmizah Busyra dinobatkan sebagai penerima Anugerah Alunan Terindah.

Tilmizah Busyra membawa pulang wang tunai RM500 serta rehal Akademi Qurra’ 2024.

Akademi Qurra’ 2024 merupakan program realiti terbitan TV AlHijrah dengan kerjasama Million Bucks Production yang telah memasuki musim kedua.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading