Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AKTIVITI ZIKIR PELIK DI TANAH PERKUBURAN, POLIS SERAH SIASATAN KEPADA JAWI

DALAM NEGARA

AKTIVITI ZIKIR PELIK DI TANAH PERKUBURAN, POLIS SERAH SIASATAN KEPADA JAWI

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima laporan berkenaan daripada orang awam yang dibuat berdasarkan satu video tular.

Potongan gambar daripada rakaman video yang tular memaparkan sekumpulan jemaah dengan pakaian serba putih sambil berzikir di hadapan kubur.

Sumber Gambar: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes sekumpulan individu berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima laporan berkenaan daripada orang awam yang dibuat berdasarkan satu video tular.

Beliau berkata perbuatan itu dipercayai berlaku pada Sabtu, kira-kira 10.05 pagi sebelum video mengenainya tular pada petang hari yang sama.

“Laporan oleh orang awam pula diterima pada 4.23 petang semalam dan kes ini dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Semalam, tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak hingga mengundang kebimbangan masyarakat khususnya orang Islam. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading