Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WISMA PUTRA SAHKAN TIADA RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT NAHAS PESAWAT DI KOREA SELATAN

DUNIA

WISMA PUTRA SAHKAN TIADA RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT NAHAS PESAWAT DI KOREA SELATAN

Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada di dalam pesawat penumpang Korea Selatan yang terhempas di sebuah lapangan terbang di barat daya negara itu pada Ahad, menurut kemas kini terkini oleh Kementerian Luar Negeri.

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada di dalam pesawat penumpang Korea Selatan yang terhempas di sebuah lapangan terbang di barat daya negara itu pada Ahad, menurut kemas kini terkini oleh Kementerian Luar Negeri.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat insiden ini, serta kepada rakyat dan Kerajaan Republik Korea,” menurut Kementerian Luar Negeri yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra, dalam satu kenyataan.

Wisma Putra berkata melalui Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, pihaknya sedang memantau rapat insiden tragik yang melibatkan pesawat Jeju Air 7C2216 yang telah tergelincir dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pagi ini.

Agensi Berita Yonhap melaporkan sekurang-kurangnya 124 orang maut manakala dua mangsa berjaya diselamatkan selepas pesawat yang membawa 181 penumpang itu terbakar selepas ia terkeluar dari landasan dan merempuh tembok pagar di lapangan terbang.

Memetik pihak berkuasa, agensi berita itu melaporkan bahawa semua mangsa dipercayai meninggal dunia kecuali dua orang.

Untuk bantuan konsular atau maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Seoul di alamat 129, Dokseodang-ro, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul 04419, Republic of Korea, atau menerusi talian +82-2-2077-8600 (Talian Am) atau +82-10-8974-8699, atau melalui e-mel di mwseoul@kln.gov.my. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading