Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAHRAJAN MAHABBATUL ILMI 2026 BUKA TIRAI PERKASA GENERASI HUFFAZ DALAM BIDANG TVET

UTAMA

MAHRAJAN MAHABBATUL ILMI 2026 BUKA TIRAI PERKASA GENERASI HUFFAZ DALAM BIDANG TVET

Mahrajan Mahabbatul Ilmi 2026 membuka tirai di UniKL MICET, Melaka dengan mengetengahkan usaha memperkasa generasi huffaz melalui gabungan pendidikan al-Quran dan kemahiran TVET.

MELAKA: Mahrajan Mahabbatul Ilmi 2026 membuka tirai hari ini di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET), Alor Gajah dengan memberi tumpuan kepada usaha melahirkan generasi huffaz yang cemerlang dalam penguasaan al-Quran serta berkemahiran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Program bertemakan Huffaz Cemerlang, TVET Gemilang itu mengetengahkan kepentingan menggabungkan pendidikan tahfiz dengan penguasaan teknologi bagi memperluas potensi generasi muda dalam bidang pendidikan dan kerjaya.

Majlis pembukaan disempurnakan oleh Naib Canselor UniKL, Prof. Dr. Kushsairy Abdul Kadir di Dewan Lestari, UniKL MICET.

Antara pengisian utama hari pertama ialah perasmian secara maya Huffaz Technologist Hub UniKL MIMET, sebuah inisiatif yang menghubungkan pendidikan tahfiz dengan bidang teknologi.

Program turut menampilkan sesi perkongsian ilmu bertajuk Al-Quran adalah Panduan Hidup yang disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil.

Selain itu, empat pertandingan utama iaitu khat (kaligrafi), syarahan, hafazan dan tilawah al-Quran menjadi tumpuan hari pertama penganjuran bagi mengetengahkan bakat serta kebolehan peserta dalam pelbagai cabang ilmu al-Quran.

Pertandingan bermula pada sebelah pagi, manakala acara hafazan dan tilawah diteruskan pada sebelah petang sebelum penyampaian hadiah dijadual berlangsung pada jam 6 petang.

Penganjuran Mahrajan Mahabbatul Ilmi 2026 turut memperlihatkan usaha UniKL memperkasakan pendidikan al-Quran seiring perkembangan bidang teknikal dan teknologi selaras dengan aspirasi melahirkan generasi huffaz berkemahiran tinggi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top