Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PERGADUHAN DI FLAT LEMBAH JAYA, 17 INDIVIDU DITAHAN

DALAM NEGARA

PERGADUHAN DI FLAT LEMBAH JAYA, 17 INDIVIDU DITAHAN

Seramai 17 individu ditahan polis susulan insiden pergaduhan di Flat Lembah Jaya yang tular di media sosial awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Polis menahan 17 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan di kawasan Flat Lembah Jaya, Ampang Jaya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian di Jalan 3, Lembah Jaya Utara kira-kira jam 2.07 pagi.

“Anggota peronda telah diarahkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan, bagaimanapun mendapati tiada pergaduhan berlaku.

“Namun, terdapat sekumpulan orang awam berkumpul di lokasi dan bertindak menahan 17 individu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan manakala semua individu yang ditahan direman antara dua hingga tiga hari.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Terdahulu, dua video tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu berkumpul di kawasan tempat letak kereta flat berkenaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top