Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ARAB SAUDI PERKENAL GELANG KESELAMATAN BANTU KESAN JEMAAH TERPISAH

DUNIA

ARAB SAUDI PERKENAL GELANG KESELAMATAN BANTU KESAN JEMAAH TERPISAH

Pengunjung Masjidilharam kini boleh mendapatkan gelang keselamatan percuma bagi membantu mengesan kanak-kanak, warga emas dan OKU sekiranya terpisah daripada keluarga ketika berada di kawasan masjid.

MAKKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi memperkenalkan perkhidmatan gelang keselamatan secara percuma untuk pengunjung Masjidilharam.

Gelang itu bertujuan membantu mengesan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sekiranya mereka terpisah daripada ahli keluarga atau individu yang menemani mereka ketika berada di dalam Masjidilharam serta kawasan datarannya.

Perkhidmatan berkenaan disediakan menerusi pusat penjagaan tetamu dengan setiap penerima diberikan gelang yang mengandungi maklumat pengenalan diri.

Maklumat itu membolehkan petugas di lapangan mengenal pasti individu berkenaan dan menghubungi ahli keluarga mereka sekiranya diperlukan.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian usaha pihak berkuasa untuk meningkatkan keselamatan dan kebajikan pengunjung selain memastikan persekitaran Masjidilharam kekal selamat serta mudah diakses.

Langkah itu juga bertujuan memudahkan urusan pengunjung sekali gus membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan lebih tenang. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top